Surau An-Nur

Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Sekolah Agama Bandar Baru Bangi

Jom Derma Tabung Pembangunan Sekolah Agama Bandar Baru Bangi.

Merdeka

Selamat Menyambut Merdeka ke-57

Monday, February 28, 2011

Rakaman : Kuliah Surah Al-Kahfi Siri 2 Oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil

TAJUK : SURAH AL-KAHFI SIRI 2
TARIKH : 24hb Februari 2011 (Khamis)
MASA : Selepas Solat Maghrib
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor
RAKAMAN : | muat turun |
Kredit kepada http://kulliyyah.blogspot.com/

Saturday, February 19, 2011

Tuesday, February 15, 2011

Seandainya Rasulullah SAW Mengunjungi Anda


Untuk bahan renungan pada bulan Maulid Rasul SAW

Oleh Ustaz Ahmad Asri Lubis
   
Setiap mukmin mencintai Allah SWT, mencintai Rasulullah SAW, mencintai para solihin, mencintai perkara yang memupuk cinta Ilahi yang hakiki. Kecintaan kepada Rasulullah SAW dapat dilihat dari iltizam dan kecintaan si mukmin terhadap sunnah dan ajaran baginda. Tulisan ini cuba mengajak pembaca mengetahui tahap kecintaannya kepada Rasulullah SAW. Buah fikiran ini berasal dari puisi bertajuk ‘If The Prophet visited you?’ diolah menjadi prosa berbahasa Arab (Oleh : Abd Karim Khatib) bertajuk تَØ®َÙŠَّÙ„ْ Ù„َÙˆْ yang bermaksud ‘Seandainya Rasulullah SAW mengunjungi anda’. Puisi dan prosa ini banyak mendapat sambutan para pembaca di internet. Wallahul muwaffiq!
 
Cubalah bayangkan wahai saudara tercinta, seandainya anda sebentar lagi akan dikunjungi oleh Nabi Muhammad saw dalam satu kunjungan yang belum anda persiapkan sebelumnya. Apakah gerangan yang akan anda lakukan? Nabi Muhammad SAW dalah sebaik-baik hamba Allah yang berjalan di permukaan bumi. Lebih baik dan lebih mulia dari semua kepala negara dan para pemimpinnya. Lebih baik dari para barisan pemikir dan golongan genius. 

Perutusan Maulidur Rasul 1432 Hijrah Dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun 1432 ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita umat Islam sedia maklum merupakan bulan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di Kelantan ini.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini dapat ditumpukan kepada topik semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa amat perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri sebagai sumber hukum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini antara lainnya bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan peristiwa semasa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Monday, February 14, 2011

Forum : Maulidur Rasul vs Valentine Day Di Surau At-Taqwa, Shah Alam

Bersama | Dato' Dr Haron Din : Benarkah Alam Semesta Dicipta Dalam 6 Hari?

Dato', selalu kita dengar di khutbah-khutbah Jumaat atau guru-guru agama mengatakan, ayat Al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah SWT menciptakan alam semesta ini dalam 6 hari. Adakah 6 hari itu seperti hari-hari kita sekarang, iaitu dikira dengan 24 jam sehari semalam? Jika 6 hari bererti bumi ciptakan dalam tempoh 144 jam. Apakah itu masa sebenar Allah SWT menciptakan alam semesta atau bagaimana? Mohon penjelasan Ustaz - SAMINGAN SAMINGUN, Parit Jawa, Johor

JAWAPAN:

Allah SWT mengatakan di dalam al-Quranul Karim menerusi firman-Nya (mafhum-Nya): "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit & bumi dalam 6 masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringi dengan deras (silih berganti) & (Ia pula yang menciptakan) matahari & bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) & urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta & mentadbir sekalian alam." (Surah Al-A'raf ayat 54)

Yang nyata Allah SWT menyebut, alam semesta ini, Allah ciptakannya dalam 6 hari. Hari tersebut pastinya bukan seperti hari-hari kita di dunia sekarang, yang diukur dengan kadar 24 jam sehari, seperti yang anda sebut dalam soalan anda.

6 hari tersebut adalah dari hari-hari Allah SWT.

TERKINI : Ustaz Dato' Ismail Kamus Semakin Sihat

Salam semua

Keadaan kesihatan Ustaz semakin baik. InsyaALLAH akan discharge daripada Hospital dalam dua tiga hari lagi.

Terima kasih kepada blogger Jeng3x atas update.


lamanannur

Sumber : http://jeng3x.blogspot.com

Sunday, February 13, 2011

E-BOOK Penyaksian Al-Quran & As-Sunnah Terhadap Kemuliaan Sahabat Karya Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Salam

E-book Penyaksian Al-Quran & As-Sunnah Terhadap Kemuliaan Sahabat karya  Ustaz Ahmad Adnan Fadzil telahpun dimuat naikkan ke dalam E-BOOK @ LAMANANNUR. Anda juga boleh memuat turun di SINI.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin.

lamanannur

Terkini : Keadaan Ustaz Dato' Ismail Kamus

Kredit kepada http://jeng3x.blogspot.com
Salam semua

Menurut blogger Jeng3x, selepas 2 hari berada di ICU, hari ni Ustaz sudah dipindahkan ke wad biasa. Namun, masih lagi dalam rawatan. Hari ni nampak Ustaz sudah kembali segar sedikit jika  dibandingkan dengan semalam.

Alhamdulillah, sama-sama kita doakan agar Ustaz diberi kesihatan seperti sediakala.

Untuk makluman, semua program Ustaz adalah DIBATALKAN. Harap maklum.

Sumber : http://jeng3x.blogspot.com

Saturday, February 12, 2011

Nota Kuliah Kitab Ringkasan Tazkirah Al-Qurtubi

BAB : SESEORANG TIDAK AKAN MENINGGAL DUNIA KECUALI
DIRINYA BERPRASANGKA BAIK & MERASA TAKUT KEPADA ALLAH SWT
TARIKH : 12hb Disember 2010
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
MASA : Selepas Solat Subuh
RAKAMAN : | muat turun |


Lamanannur

Friday, February 11, 2011

Kisah Segelas Susu

Suatu hari, seorang anak miskin yang berjualan dari rumah ke rumah untuk membiayai sekolahnya merasa sangat lapar tapi dia hanya mempunyai wang satu sen. Dia memutuskan untuk meminta makan di rumah berikutnya, namun segera kehilangan keberaniannya ketika seorang gadis cantik telah membukakan pintu. Sebagai gantinya ia minta air.

Gadis itu melihat bahawa si anak kecil tampak kelaparan, Dia lalu membawakannya segelas besar susu. Anak itu pun meminumnya perlahan-lahan.

“Berapa harus kubayar segelas susu ini?” kata anak itu.

“Kau tidak harus membayar apa-apa,” jawab si gadis, “Ibu melarangku menerima pembayaran atas kebaikan yang telah kulakukan.”

Kisah Ayah & Anak

Suatu hari seorang ayah dari keluarga  yang sangat kaya membawa anaknya ke desa untuk menunjukkan kepadanya akan kehidupan orang-orang miskin. Mereka tinggal  beberapa hari di rumah seorang petani miskin. Sekembalinya dari desa, sang ayah bertanya kepada anaknya,” Wahai anakku, bagaimana pendapatmu tentang perjalanan kita ini?”

“Hebat, Ayah,” kata anaknya.

“Apakah anakku melihat bagaimana orang-orang miskin itu hidup?”

“Ya.”

“Lalu, pelajaran apa yang dapat engkau ambil dari perjalanan itu, wahai anakku?” tanya ayahnya dengan bangga.

Qiamullail Perdana Maulidur Rasul 1432H Di Masjid Negeri

Tuesday, February 8, 2011

Buku Alangkah Buruknya Dosa Karya Dr Khalid Abu Syadi


Dosa demi dosa kami jalani
Namun kamu harapkan pahala & kemuliaan taman syurgawi
Sedang kamu lupa, bahawa Allah mengeluarkan Adam dari Syurga-Nya
Turun ke dunia fana, hanya kerana satu dosa

Pancaran Cahaya Al-Quran,
“…dan ia telah diliputi oleh dosanya…” (Surah al-Baqarah ayat 81)

Bahagian ini hadir untuk menyedarkan mereka yang terlepa & lali dalam kemaksiatan & dosa. Agar mereka segera menjauhi dosa sebelum sirna harapan, lalu menyusun kembali harapan baru sebelum ajal tiba.

Bahagian ini juga hadir untuk orang mukmin yang bertaqwa & orang-orang soleh yang berbahagia, agar mereka terhindar & tidak terjerumus dalam kubang dosa. Dalam bahagian ini dipaparkan pelbagai pengaruh buruk yang timbul akibat perbuatan dosa. Bacalah dengan hati nurani sebelum anda menbacanya dengan mata kepala. Dan, jangan lupa kami dalam doa anda…

Monday, February 7, 2011

Buku Terbaru Pelima Media - Hidup Sederhana Penuh Berkah

Nama buku : Hidup Sederhana Penuh Berkah

Penulis : Al-Harits Al-Muhasibi (Tokoh sufi dengan gelaran "guru besar" para ulama di zamannya)

Harga : RM 18.00

Nombor ISBN : 978-967-5990-03-1

Terbit : Januari 2011

Mukasurat : 128

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Aaaaaahhh"
 

Bangun pagi setelah selesai tidur nyenyak di atas katil yang empuk. Hari yang berlalu dengan 'hebat' dengan kehadiran peralatan dan barang-barang mewah di sekeliling. Hati terasa bangga dan puas.
 

Tapi, bahagiakah hati yang begitu ? Adakah hidup seperti ini penuh berkat ?

Laman blog Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh

http://ustaznikzawawi.blogspot.com
Salam semua

Alhmdulillah, akhirnya saya telah dapat mewujudkan semula laman blog Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Semua rakaman kuliah boleh dimuat turunkan di segmen yang berdasarkan kepada pengajian kitab.

Semoga usaha kecil ini beroleh pahala yang berpanjangan hingga ke Hari Akhirat, amin.

Mohon doanya daripada semua.

ADMIN

Sunday, February 6, 2011

Pasir & Batu


Dikisahkan bahwa ada dua orang sahabat sedang melakukan perjalanan menyeberangi padang pasir. Pada suatu tempat, mereka terlibat dalam perdebatan sengit, sahabat yang satu menampar muka sahabat yang lain. Sahabat yang ditampar merasa terluka hatinya. Tanpa mengucapkan sepatah kata, ia menulis di pasir :
“HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPARKU”
Mereka lalu melanjutkan perjalanan. Dan dalam perjalanan berikutnya, mereka menemukan danau lalu mandi di danau tersebut. Orang yang ditampar tadi terjebak dalam pasir jerlus dan mulai tenggelam. Sahabatnya pun datang menolong. Setelah berhasil diselamatkan ia menulis di atas batu :
“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKANKU”
Temannya berkata, “Tadi kau menulis di pasir, sekarang kau menulis di atas batu, mengapa ?”
Ia pun menjawab, “Jika seseorang melukai hati kita, sebaiknya kita menulis kejadian itu di atas pasir agar angin pengampunan dapat menghapusnya. Namun, bila seseorang berbuat baik kepada kita, hendaknya kita mengukir peristiwa itu di batu sehingga angin takkan pernah dapat menghapusnya.” (Author Unknown)
*
Sumber Buku :
Hikmah dari Seberang oleh Drs. Abu Abdillah Al-Husainy

E-BOOK - Kertas Kerja : Memperkukuhkan Kepimpinan Ulama' Oleh Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron Din

Salam
E-book Kertas Kerja : Memperkukuhkan Kepimpinan Ulama oleh Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron Din telahpun dimuat naikkan ke dalam E-BOOK @ LAMANANNUR. Anda juga boleh memuat turun di SINI.

Untuk Makluman semua, kertas kerja ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' sempena Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulamak pada 28hb Jamadilawal 1430H / 23hb Mei 2011 di Dewan Dato' Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin.

lamanannur

BERSAMA | Dato' Dr Haron Din : Ada Atau Tidak Titian As-Sirat?

Nota sisipan : Sila ke akhir artikel ini untuk muat turun atau mendengar terus ulasan Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron Din berkenaan tajuk di atas ketika mengupasnya sewaktu kuliah tasawwur islam @ Masjid negeri pada 7hb Januari 2011 yang lalu.

Dato', sudah banyak kali saya dengar, orang yang ada ilmu menyebutkan bahawa Titian Siraatal Mustaqim, yang pernah dikatakan ada di atas Neraka Jahannam untuk dilalui itu, kata mereka tidak ada atau tidak sabit ada. Sedangkan kebanyakan orang berpegang dengan adanya titian tersebut. Saya agak keliru & bingung, apa nasihat Dato' & apa pandangan Dato'? - NURUDIN ISA, Kampung Pandanm KL

JAWAPAN:

Saya nasihatkan agar perkara-perkara ghaibiyat sebegini, jangan dijadikan isu.

Ada atau tidak ada Titian Siraatal Mustaqim, di atas Neraka Jahannam itu, serahkan kepada ahli-ahlinya untuk memutuskannya.

Yang penting, kita perlu yakin ada Hari Akhirat - hari pembalasan ada. Syurga Neraka ada. Tengoklah nanti, setelah kita dibangunkan di Akhirat, ada atau tidak ada.

Jika ada, kita akan lintasinya. Jika tidak adapun pasti kita dimasukkan ke Syurga atau ke Neraka, wal'iyazubillah.

Oleh kerana persoalan sedemikian, saya pun pernah ditanya dalam ceramah-ceramah & ada yang telefon & SMS. Maka saya terpanggil untuk menjawabnya.

Saturday, February 5, 2011

E-BOOK : Kemudahan Di Dalam Sifat Wudhu' Nabi Karya Abu 'Abdil Muhsdin as-Soronji

Salam
E-book Kemudahan Di Dalam Sifat Wudhu' Nabi karya Ustaz Abu 'Abdil Muhsdin as-Soronji telahpun dimuat naik ke dalam E-BOOK @ LAMANANNUR. Anda juga boleh memuat turun di SINI.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin.

lamanannur

Friday, February 4, 2011

E-book @ lamanannur.blogspot.com

Salam semua

Alhamdulillah pihak Admin telah berjaya menyediakan segmen E-BOOK @ LAMANANNUR. InsyaALLAH kami akan menambah koleksi e-book dari semasa ke semasa. Himpunan e-book ini adalah khusus untuk kegunaan peribadi sahaja. Oleh itu, tidak diizin untuk diterbitkan untuk tujuan komersial melainkan setelah mendapat keizinan penulis terlebih dahulu. Semoga manfaat daripada ilmu yang ada akan menjadi pahala berpanjangan di akhirat buat kita semua.

Sekiranya tuan-tuan & puan-puan menghadapi masalah untuk memuat turun e-book dari E-BOOK @ LAMANANNUR, sila maklumkan kepada phak Admin ke email lamanannur@surauannur.net atau lamanannur@yahoo.com

"Selamat memuat turun, membaca dan menuntut ilmu" 

lamanannur

STRESS & Cara Mengatasinya Oleh Ustaz Dr Musthafa Umar

Cara-cara untuk menghilangkan tekanan hidup.

Artikel ini ditulis sebagai bacaan rekreasi sahaja dan bukan sebagai satu panduan kedoktoran. Jikalau anda mempunyai masalah yang tertulis di bawah ini, harap rujuk kepada seorang doktor.

Sering kita dengar manusia-manusia di sekeliling kita berkata yang dia tengah 'stress'. Baik yang tua atau yang muda. Pelajar-pelajar dan ibu bapa mereka bila musim perperiksaan semakin hampir, rasa 'stress'. Bila time kena bayar cukai pendapatan, yang dicukai, rasa 'stress'. Bila nampak 'steady' jalan dengan orang lain, si pemuda atau pemudi, rasa 'stress'. Dan seterusnya.. Jadi, apakah dia sebenarnya makhluk yang bergelar 'stress' ini?

Gema Maulidurrasul Di Masjid Negeri Pada 13hb Februari 2011

Thursday, February 3, 2011

Rakaman : Ibrah Surah Al-Kahfi Oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil Pada 27hb Januari 2011


Siri Ibrah Surah al-Kahfi di Surau an-Nur, Bandar Baru Bangi pada 27hb Januari 2011.

Rakaman : | muat turun | kredit kepada http://kulliyyah.blogspot.com/

Pelima @ Tazkirah - Kupasan Buku Menyingkap Tabir Bahagia hasil tulisan Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin

Salam Semua

Untuk makluman, Pelima Media Sdn Bhd telah melancarkan 'Tazkirah@pelima' membincangkan kupasan buku Menyingkap Tabir Bahagia hasil tulisan Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin di Malaysia Hari Ini.

Sekiranya anda mempunyai cadangan dan komen, pihak Pelima Media amat berbesar hati menerimanya. Sila klik di SINI.

Wednesday, February 2, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432H Di Surau Al-Muhajirin, Desa Surada

Aturcara Majlis

15 Februari 2011 (Selasa)
4:30 pagi - Qiamullail
6:30 pagi - Kuliah Subuh
Jamuan Minum Pagi
7:30 pagi - Selawat dan pelepasan mislimin yang mengikuti program lawatan ke rumah warga emas dan dan anak-anak Yatim
10:00 – 12:00 - Aktiviti ziarah rumah ke rumah dalam Taman Desa Surada
5:00 petang - Aktiviti ziarah dan selawat rumah ke rumah dalam Taman Desa Surada
9:15 malam - Pelancaran Program Maulidur Rasul oleh YBhg. Dato’ Dr. Sidik Fadhil
- Forum Maulidur Rasul

Maher Zain - Insha Allah (Versi Melayu)