Sunday, July 3, 2011

Siri Islam Itu Indah Oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Salam semua

Setiap pagi sabtu saya pasti cuba untuk tidak melepaskan peluang untuk mendengar ulangan rancangan Islam Itu Indah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad di radio IKIM.fm. Penyampaian yang begitu lembut & penuh hikmah.

Oleh itu amat rugi jika tidak dikongsikan bersama. Atas kesedaran ilmu itu untuk dihayati & diamalkan bersama, saya berusaha untuk berkongsi dengan semua yang berminat.

Tuan-tuan & puan bolehlah mendengar menerusi youtube di sidebar lamanannur seperti yang dipaparkan di atas.

Sedikit sebanyak berkenaan Prof. Dr Muhaya:

  • Memperoleh Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom pada 1998, manakala kelulusan PhD dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.
  • Anak Malaysia terunggul pakar dalam bidang Uveitis. Beliaulah yang memulakan perkhidmatan Uveitis dan terapi immunosuppressive untuk penyakit mata autoimun di Malaysia. Kini, Prof. Muhaya dianggap sudut rujukan dalam bidang pengurusan penyakit uveitis sejak 1998. Beliau juga memberi latihan doktor pakar oftalmologi tempatan khususnya dalam bidang uveitis.
  • Pada 2005, Prof Muhaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Khas Terunggul (Special Distinguished Service Award) oleh Akademi Opthomologi Asia Pacifik (APAO) sempena Kongres APAO ke-20 yang diadakan di Kuala Lumpur.
  •  Kini beliau adalah Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Pengerusi Persatuan Doktor Mata Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association Ophthalmological Society).
  • Selain oftalmologi, Prof Muhaya mempunyai minat yang mendalam dalam menyampaikan ceramah motivasi. Beliau sering diundang sebagai penceramah pada minggu orientasi di PCMC. Topik kegemaran beliau adalah Perwatakan Berkesan. Prof Muhaya juga sering diundang untuk berceramah kepada mahasiswa fakulti perubatan di UKM, IIUM dan USIM.

0 comments:

Post a Comment