Sunday, July 29, 2012

Jom Bantu Mereka.. ..

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, Komuniti Rakan Dakwah (KOMRAD) dengan kerjasama Persatuan Pemuda Prihatin Serdang bersama page 'Cukuplah Allah bagiku' dan page 'LayarMinda' mengajak sahabat sama-sama menyumbang untuk kempen " 1 Beras 1 keluarga" . Kempen ini bertujuan membantu golongan yang tidak bernasib baik untuk sama-sama dapat beribadat di bulan ramadhan dengan sebaiknya.

Sahabat boleh menyumbang sama ada dalam bentuk beras, barangan atau wang tunai. Sahabat juga boleh membantu dengan cara SHARE dan maklum kepada sahabat-sahabat lain.

Sumbangan terus ke akaun Bank Muamalat 12100000548715 di atas nama Persatuan Belia Prihatin. Sebarang pertanyaan sila hubungi :
    - Saudara Afiq : 019-93158
    - Saudara syafiq : 013-6282682
    - Saudara Nasriq : 013-6412716

Moga sumbangan sahabat di balas pahala olehnya dan di ucapkan Jazakallahu Khairan katheeran. mari hayati hadis ini :

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)


0 comments:

Post a Comment