Monday, October 15, 2012

Kem Asuhan Insan Harapan (KASIH) Bersama Ustaz Don Daniyal

Salam sejahtera
Program cuti sekolah KUISCELL, Kem Asuhan Insan Harapan (KASIH) bersama Ustaz Don Daniyal akan dijalankan pada cuti sekolah bulan November dan Disember ini untuk remaja berumur 13-17 tahun. Program ini akan dijalankan untuk 2 siri program pada 19-21 November & 3-5 Disember 2012. Program akan diadakan di Janda Baik, Pahang.

Antara komponen program :
1. Pemantapan Ibadah Solat
2. Tahsin Fatihah
3. School Of Life
4. Cinta Nabi

Pendaftaran telah dibuka untuk penyertaan bermula dari sekarang dan boleh datang ke Pejabat Operasi KUISCELL (Kampus KUIS) untuk mendapatkan borang atau terus cetak daripada poster. Tuan / puan, digalakkan mendaftar penyertaan secara berkumpulan melalui agensi / majikan / syarikat tuan puan bagi memudahkan pengurusan dan keperluan logistik.

Juga boleh disemak di facebook Kuiscell Sdn. Bhd. Tempat adalah terhad untuk 150 orang sahaja untuk setiap siri. Pengesahan program hanya diterima jika tuan/puan telah membuat pembayaran. Hubungi KUISCELL segera.
 
 

0 comments:

Post a Comment