Thursday, January 24, 2013

Baik Berbicara

Komunikasi salah satu perkara yang boleh dikatakan penting bagi setiap individu. Selalunya komunikasi memerlukan paling kurang dua individu. Saling memberi riaksi dalam bentuk percakap di antara mereka sesama sendiri.

Berbicara dengan lemah lembut akan membuatkan orang lain semakin selesa atas perilaku kita. Suasana dan keadaan lebih rasa tenang berbanding sebaliknya. Apabila kita menghormati orang lain dengan melontarkan perkataan yang baik secara semulajadi mereka menghormati kita.

Setiba waktu tiada apa-apa benda yang ingin sumbangkan sekurang-kurangnya ucapkan dengan perkataan yang baik-baik. Sabda Rasulullah s.a.w :-


Ertinya :- “Takutlah kamu! (akan) Nereka itu walau dengan separuh kurma, jika tiada maka dengan perkataan baik”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Imam Masjid al-Azhar, Mesir iaitu Sheikh Soleh al-Ja’fari mengatakan ‘takutlah kamu’ adalah perlihara. Maknanya kita akan terpelihara dari neraka pada hari kiamat kelak dengan melakukan amalan sedekah. Sepertimana Rasulullah s.a.w bersabda :-


Ertinya :- “Sesungguhnya sedekah memadamkan kemurkaan Tuhan (Allah)”. [Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Hibban]

Setiap amalan kebajikan yang kita lakukan sentiasa akan dicatat walaupun sekecil-kecil amalan sehingga sebesar-besar amalan. Perkara ini bukanlah hanya disebut-sebut di dalam kalangan kita malah Allah SWT menyatakan perkara ini di dalam al-Quran al-Karim :-


Maksudnya :- “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)”. [Al-Zalzalah; 99:7]


Jika kita dari kalangan yang kurang mampu dan tiada harta untuk memberikan sedekah, maka lontarkan perkataan-perkataan yang baik. Perkataan yang baik boleh diumpamakan sebagai satu sedekah sepertimana hadith Nabi Muhammad s.a.w :-


Ertinya :- “Dan perkataan yang baik itu satu sedekah”. [Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad]

Melafazkan perkataan baik ini bukan sahaja kepada individu yang kita kenali sahaja. Tidak kiralah sesiapapun kita sentiasa mengatur tutur kata supaya mengucapkan perkataan yang baik-baik. Allah SWT telah mengukirkan kata-kata-Nya :-


Maksudnya :- “Dan katakanlah sesama manusia (dengan) perkataan-perkataan yang baik”. [Al-Baqarah; 2:83]


Muhammad Imaduddin Abd LatibPenulis www.ustazimad.com

0 comments:

Post a Comment