Friday, January 25, 2013

Ulama Tidak Sekata Isu Hudud

Harus Khilaf

Dato Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara furun'iyyah [masalah-masalah cabang] yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf adalah pada ruang berijtihad dan pada perkara yang tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh cukup jelas yang diharuskan berkhilaf. Bila mana para sahabat Rasulullah s.a.w tidak bersependapat sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al-Quran. Abu Bakar as-Siddiq r.a berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah s.a.w tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat ia tidak boleh dilakukan.

Umar al-Khattab r.a berpendapat pula perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al-Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebab perkara ini pernah berlaku ramai penghafal Al-Quran yang terkoban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al-Quran. Akhirnya mereka bersetuju perlunya dihimpun dan ditulis semula Al-Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah s.a.w bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Web Tv Pas

Permasalahan Hudud

Permasalahan hudud perlu atau tidak melaksanakannya? Perkara ini telah dijawab oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan juga as-Salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas menyuruh kita khasnya pihak berkuasa agama pada setiap generasi, pada setiap negara maka wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan para Ulama muktabar, khasnya Ulama 'Amilin [yang beramal dengan ilmunya]. Jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah SWT dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimana jika ada di kalangan mereka yang takut akan kehilangan maslahah keduniaan daripada kemungkaran Allah SWT dan azabnya.

Setiap satu dalam kesalahan hudud [mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad] semuanya telah ditetapkan Allah SWT hukumnya di dalam Al-Quran [terang hukumnya] dan juga hadith-hadith sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib.

Allah SWT telah memerintahkan kita melaksanakannya dalam perintah-Nya menerusi kitab :-
Web Tv Pas

Maksudnya :- "Dan hendaklah engkau menjalankan hukun di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyesak mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." [Al-Maidah; 5:49]

Di kalangan para Ulama muktabar tidak berlaku khilaf dalam kewajipan melaksanakannya. Ini kerana mempertikan kewajipannya adalah bererti melawan dan mempertikaikan hukun Allah SWT yang sabit wajibnya. Jika berlaku demikian maka bererti mereka melawan hukum Allah SWT.

Mengendalakan hukum Allah SWT, mempertikaikan hukum Allah SWT adalah menentang Allah SWT. Firman Allah SWT :-
Web Tv Pas

Maksudnya :- "Orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina." [Al-Mujadilah; 58:5]

Web Tv Pas

Maksudnya :- "Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina." [Al-Mujadilah; 58:20]

Ulama muktabar atau ilmuan yang terbilang tidak mungkin bertelingkah kerana mereka tahu akibat penentangan itu akan menghadapi seksa Allah SWT yang amat keras menunggu mereka. Ada kalangan Ulama yang menjadi ahli politik menggunakan akal pendek mereka dan menilai kepentingan dan pulangan-pulangan duniawi. Atau membela dan mempertahankan kedudukan atau juga kepentingan-kepentingan khusus yang mereka berselindung di sebalik kalimah (bahasa) yang seolah-olahnya mereka bukan menentang tetapi sebenarnya menentang.

Marilah sama-sama kita menggalas amanah untuk memahamkan masyarakat tentang kebaikan hukuman itu bagi dilaksanakan sebaik-baiknya tanpa sebarang kecelaruan.

0 comments:

Post a Comment