Thursday, January 24, 2013

Jumaat Hari Bertemu

Pada hari Jumaat semua umat Islam akan berkumpul secara beramai-ramai. Jumaat juga bermaksud ‘berkumpul’. Umat Islam berkumpul pada waktu zohor untuk sama-sama mengambil ilmu melalui penyampaian khutbah oleh Imam di Masjid.

Hari jumaat adalah penghulu segala hari pada setiap minggu. Rasulullah s.a.w ada bersabda bahawa :-


Ertinya :- “Sesungguhnya hari jumaat penghulu segala hari”.

Amalan di Mesir (Egypt) berbeza dengan masyarakat kita di Malaysia. Jarang sangat masjid-masjid di Mesir membaca surah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w pada waktu solat subuh pagi jumaat berbanding banyak masjid-masjid di Malaysia. Di sini kita boleh memahami hadith Rasulullah :-


Ertinya :- “Nabi s.a.w membaca pada hari Jumaat di dalam solat fajar ‘…’ surah as-Sajadah dan ‘…’ surah al-Insan”. [Riwayat al-Bukhari]

Solat Jumaat wajib ke atas semua umat Islam kecuali hamba kepada tuannya, wanita dan kanak-kanak, orang yang sakit dan orang yang bermusafir. Sabda Rasulullah s.a.w :-


Ertinya :- “(Solat) Jumaat wajib ke atas setiap muslim dalam jemaah kecuali empat : hamba, wanita, kanak-kanak dan orang yang sakit”. [Riwayat Abu Daud]


Ertinya :- “Tidak ke atas orang yang bermusafir (solat) Jumaat”. [Riwayat at-Thobarani]

Menghadirkan diri pada waktu ingin menunaikan solat jumaat untuk menguji keimanan seseorang itu. Umat Islam meluangkan masa bagi menunaikan solat jumaat ini tidak kira sibuk berkerja,berjual beli dan sebagainya. Firman Allah SWT :-


Maksudnya :- “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila disuruhkan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenar)”. [Al-Jumu’ah; 62:9]

Orang-orang yahudi selalu bermegah-megah dengan hari sabtunya sebagai hari besar mingguan mereka. Oleh itu, Allah SWT menetapkan hari Jumaat sebagai hari besar mingguan umat Nabi Muhammad s.a.w.

Umat Islam diperintahkan oleh Allah supaya mengadakan satu solat yang khas untuk menandakan kebesaran hari Jumaat dan waktunya mengantikan waktu solat Zohor. Perkara yang disarankan kepada umat Islam bersegera ke tempat menunaikan solat Jumaat sebaik sahaja mendengar seruan azan.

Setelah selesai mununaikan solat Jumaat kita digalakkan meneruskan usaha mencari rezeki. Kepada yang berniaga, berjual beli, berkerja di pejabat dan sebagainya sambil mengingati Allah SWT dalam semua keadaan. Semoga mengetahui ajaran Allah yang demikian akan beroleh kejayaan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.



Sebelum menghadirikan diri ke masjid untuk menunaikan solat kita disunatkan membersihkan diri. Seperti memotong kuku, mengunting misai, mengemaskan janggut, menggosok gigi, mengenakan pakaian yang baik dan sebagainya.

Kita juga disunatkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat kerana akan mendapat keampunan oleh Allah selama seminggu. Rasulullah s.a.w bersabda :-


Ertinya :- “Barang siapa yang telah membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberi keampunan kepadanya di antara Jumaat ke Jumaat”. [Riwayat al-Hakim]

Melangkah kaki ke Masjid lebih awal dari waktunya lebih baik. Jika kita terlewat hadir ke masjid sedangkan Imam menyampaikan khutbah. Kita hendaklah menunaikan solat dua rakaat dahulu sepertimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w :-


Ertinya :- “Seorang lelaki telah masuk pada hari Jumaat dan Nabi s.a.w berkhutbah. Maka Rasulullah bertanya kepada lelaki itu : ‘Adakah kau telah menunaikan solat?’ Dia menjawab : ‘Tidak’, Rasulullah bersabda : ‘Bangunlah menunaikan solat dua rakaat”. [Riwayat al-Bukhari]

Setelah tamat menunaikan solat Jumaat secara berjemaah kita telah terlepas dari satu tanggungjawab dengan Allah SWT yang telah menciptakan kita. Kami serumah selalunya saling menziarahi sahabat yang tinggal berlainan.

Ziarah menziarahi sesama jiran iaitu sahabat yang terutamanya rakyat Malaysia bagi merapatkan lagi hubungan silatu ar-Rahim. Kita sama-sama berharap setiap Jumaat akan mendapat keredhaan dari Allah serta melakukan sunnah Rasulullah s.a.w.


Muhammad Imaduddin Abd LatibPenulis www.ustazimad.com

0 comments:

Post a Comment