Surau An-Nur

Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Sekolah Agama Bandar Baru Bangi

Jom Derma Tabung Pembangunan Sekolah Agama Bandar Baru Bangi.

Merdeka

Selamat Menyambut Merdeka ke-57

Showing posts with label Prof Dr Muhaya Mohamad. Show all posts
Showing posts with label Prof Dr Muhaya Mohamad. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Rakaman : Segmen Islam Itu Indah IKIMfm Oleh Prof Dr Muhaya Mohamad Untuk Bulan Julai 2011


RAKAMAN SEGMEN ISLAM ITU INDAH DALAM BULAN JULAI 2011






MUAT TURUN

Sunday, August 7, 2011

Rakaman : Islam Itu Indah Bertajuk 'Renungan Kehidupan' Oleh Prof Dr Muhaya Mohamad


Rancangan bual bicara bersama Professor Dr. Muhaya Hj. Mohamad, Pengarah Perkembangan Peribadi dan Profesional ACMS dan Pengarah Pusat Mata, Prince Court Medical Centre. Selain merupakan seorang anak Malaysia terulung sebagai pakar mata (Uveitis), beliau juga aktif menyampaikan ceramah motivasi khususnya kupasan tentang minda dan perwatakan berkesan yang disampaikan dalam pelbagai ceramahnya di seluruh negara.
IKIMfm membawakan beliau untuk berkongsi tentang peranan mata dan hati dalam pembentukan shakhsiah diri mukmin cemerlang. Program motivasi diri ini memberi peluang kepada pendengar untuk mengemukakan permasalahan berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi dalam kehidupan seharian dalam usaha menjadi mukmin yang cemerlang dunia dan akhirat.

Rakaman  : | muat turun |


Sunday, July 3, 2011

Siri Islam Itu Indah Oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Salam semua

Setiap pagi sabtu saya pasti cuba untuk tidak melepaskan peluang untuk mendengar ulangan rancangan Islam Itu Indah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad di radio IKIM.fm. Penyampaian yang begitu lembut & penuh hikmah.

Oleh itu amat rugi jika tidak dikongsikan bersama. Atas kesedaran ilmu itu untuk dihayati & diamalkan bersama, saya berusaha untuk berkongsi dengan semua yang berminat.

Tuan-tuan & puan bolehlah mendengar menerusi youtube di sidebar lamanannur seperti yang dipaparkan di atas.

Sedikit sebanyak berkenaan Prof. Dr Muhaya:

  • Memperoleh Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom pada 1998, manakala kelulusan PhD dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.
  • Anak Malaysia terunggul pakar dalam bidang Uveitis. Beliaulah yang memulakan perkhidmatan Uveitis dan terapi immunosuppressive untuk penyakit mata autoimun di Malaysia. Kini, Prof. Muhaya dianggap sudut rujukan dalam bidang pengurusan penyakit uveitis sejak 1998. Beliau juga memberi latihan doktor pakar oftalmologi tempatan khususnya dalam bidang uveitis.
  • Pada 2005, Prof Muhaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Khas Terunggul (Special Distinguished Service Award) oleh Akademi Opthomologi Asia Pacifik (APAO) sempena Kongres APAO ke-20 yang diadakan di Kuala Lumpur.
  •  Kini beliau adalah Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Pengerusi Persatuan Doktor Mata Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association Ophthalmological Society).
  • Selain oftalmologi, Prof Muhaya mempunyai minat yang mendalam dalam menyampaikan ceramah motivasi. Beliau sering diundang sebagai penceramah pada minggu orientasi di PCMC. Topik kegemaran beliau adalah Perwatakan Berkesan. Prof Muhaya juga sering diundang untuk berceramah kepada mahasiswa fakulti perubatan di UKM, IIUM dan USIM.