Surau An-Nur

Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Sekolah Agama Bandar Baru Bangi

Jom Derma Tabung Pembangunan Sekolah Agama Bandar Baru Bangi.

Merdeka

Selamat Menyambut Merdeka ke-57

Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Program Motivasi Mukmin Profesional (IbuBapa Cemerlang) Siri -1

Assalamu'alaikum

Fitrah Perkasa Sdn Bhd akan menganjurkan PROGRAM MOTIVASI MUKMIN PROFESSIONAL (IBUBAPA CEMERLANG) SIRI 1.

Modul ini akan membawa para peserta untuk melihat bagaimana kaedah yang terbaik bagi membimbing anak-anak serta ahli keluarga mencapai Visi & Misi Hidup yang jelas dan tepat seterusnya mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Modul ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu dipersembahkan dalam acuan kehidupan yang sebenar yang telah diadun dengan sunnah Rasulullah s.a.w dan pengalaman hidup yang telah berjaya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Melalui modul ini juga, para peserta akan mendapat sentuhan yang tersendiri iaitu ilmu yang disampaikan bukanlah sekadar teori biasa tetapi ‘luar biasa’ atas kekuatan intipati penyampaian dan persembahan.
* Mengapa anakku tak dengar kata?
* Mengapa ada curiga dalam diri pasanganku?
* Mengapa sukarnya menyampaikan hasrat hati pada teman hidupku?
* Senang telahku perolehi, tetapi dimana tenangnya?
* Ada soalan hendakku tanya, tapi pada siapa?
* Oh tuhan bantulah aku!! Aku inginkan keluarga yang bahagia dan sejahtera.

Mungkin ini adalah sedikit cebisan dari persoalan-persoalan kehidupan yang sering menghantui diri kita. Ayuh, daftarkan diri anda ke program ini.

Pendaftaran di buka sekarang. Klik di sini BORANG ONLINE.

Thursday, September 15, 2011

MAKLUMAN : Kuliah Dari 16 - 18 September 2011

Salam Eidulfitri


Berikut adalah makluman berkenaan kuliah pengajian di Surau An-Nur:

a) 16hb September 2011 (Jumaat) 
     - Subuh : Dr Mohd Nor Manutty
     - Khutbah Jumaat : Ust Amir Muttaqin
     - Maghrib : Ust Azrul Hakim Suradi

b) 17hb September 2011 (Sabtu)
     - Subuh : Ust Sobri Arshad

c) 18hb September 2011 (Ahad)
     - Subuh Dr Mohd Shafie Mohd Amin

Semoga semangat mencari ilmu akan berterusan di dalam diri kita insyaALLAH.

Lamanannur
 

Friday, September 9, 2011

Tuesday, September 6, 2011

MAKLUMAN : Tawaran Jawatan Kosong di Projek Kompleks Pendidikan Islam Bangi

Tawaran Jawatan Kosong ( diperlukan SEGERA )

PEGAWAI KHAS PROJEK KOMPLEK PENDIDIKAN ISLAM BANGI
(Full Time @ Part Time)
Keutamaan kepada:
Lelaki ada Fikrah islamiah,
Ada kenderaan sendiri.
Ada sifat kepimpinan dan boleh merancang kerja dengan teratur.
Bersifat amanah dan boleh bekerja tanpa pengawasan.

Gaji:
Fulltime (RM1,200 sebulan)
Part time ( atas perbincangan )
Pelajar tahun akhir @sarjana digalak memohon.

Sila Hubungi:
Ust Jameer kodiang 012- 6370023 ( tel shj, sms tidak dilayan )

MAKLUMAN : Majlis Ilmu Di Surau An-Nur

Salam
Mengikut makluman kuliah ilmu di Surau An-Nur akan bermula dengan kuliah subuh pada 17hb September 2011, insyaAllah.
 Sekiranya ada perubahan terkini, insyaAllah akan dimaklumkan. 

Sunday, July 3, 2011

Amal Ibadah Di Bulan Syaaban

  1. Keutamaan berpuasa - Zaid berkata, "Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW, ya Rasulullah, aku tidak pernah menyaksikan seumpama puasamu di bulan syaaban di dalam lain-lain bulan kecuali bulan Ramadhan." Rasulullah SAW bersabda," Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab & Ramadhan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (HR Ahmad)
  2. Solat sunat nisfu syaaban - Aisyah RA menerangkan, bahawa pada malam nisfu syaaban Rasulullah SAW mendirikan solat sehingga pagi. Baginda SAW bersabda kepadaku, "Malam ini malam nisfu syaaban. Pada malam ini diangkat segala amalan hamba-Nya ke langit. Pada malam ini Allah membebaskan ahli neraka yang ramainya seperti bilangan bulu kambing Bani Kalb."
  3. Beristighfar
  4. Berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW
  5. Berzikir
  6. Bersedekah
  7. Membaca Al-Quran
  8. Mengeluarkan zakat kepada fakir miskin

Rujukan : Rahsia & Amalan Bulan Islam - Muharam - Zulhijjah oleh Kasmuri Selamat Ma terbitan Darul Nu'man cetakan 2000

Majlis Perletakan Batu Asas Sekolah Agama Bandar Baru Bangi Pada 1hb Julai 2011

MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS SEKOLAH AGAMA BANDAR BARU BANGI
OLEH : Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
TARIKH : 1hb Julai 2011 (Jumaat)
MASA : 9.40 pagi
RAKAMAN : | muat turun |






Friday, July 1, 2011

MAKLUMAN : Jadual Pengajian Surau An-Nur Bulan Julai 2011

Salam semua

Alhamdulillah jadual pengajian bagi bulan Julai telah diupdate di dalam Google Calendar. Tuan-tuan & puan-puan boleh rujuk di situ.

Pihak moderator sedang menyiapkan dalam bentuk PDF format, dan akan dimaklumkan apabila selesai.

Terima kasih atas perhatian semua. Semoga usaha kecil ini beroleh keberkatan daripada-Nya, aamin.

Wassalam
Moderator

Thursday, May 5, 2011

Sayembara Penulisan

Monday, May 2, 2011

MAKLUMAN : Laman An-Nur Bulan Mei 2011

Salam semua

Sila klik di SINI untuk memuat turun jadual pengajian Laman An-Nur bagi bulan Mei 2011 untuk rujukan semua.

Semoga beroleh manfaat daripadanya.

lamanannur

Sunday, May 1, 2011

Air Zam-Zam Yang Dibacakan Surah Yaasin

Monday, April 25, 2011

MAKLUMAN

Salam semua

Untuk makluman semua  ayahanda Hj Puteh Hj Ishak telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 24hb April 2011 jam 7.40 pagi.

Saya bagi pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa selama ini & kunjungan ziarah sahabat-sahabat terutama kepada Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron Din & isteri ketika Almarhum ayahanda di Hospital Kajang hingga membuat tahlil kepada Almarhum ketika di rumah.

Saya mengharapakan doa sahabat-sahabat sekalian agar Almarhum ayahanda diberi keampunan & digolong bersama-sama orang-orang yang beriman & berada di Jannatul Makwa, insyaAllah.

Sekian, terima kasih

Monday, April 11, 2011

MAKLUMAN

Salam Semua

Mohon maaf kerana tidak mengupdate lamanannur sejak kebelakangan ini.

Ini adalah kerana ayahanda Haji Puteh Haji Ishak telah dimasukkan ke Hospital Kajang sejak minggu lepas disebabkan oleh jangkitan kuman di paru-parunya. Keadaan beliau agak serius.

Oleh itu, dengan rasa rendah diri saya memohon semoga tuan-tuan & puan-puan semua dapat mendoakan agar ayahanda tercinta akan kembali sembuh seperti sedia kala, amin

Tiada ada apa-apa yang mampu saya balaskan kecuali ucapan jutaan terima kasih.

lamanannur

Friday, February 11, 2011

Qiamullail Perdana Maulidur Rasul 1432H Di Masjid Negeri

Tuesday, February 8, 2011

Buku Alangkah Buruknya Dosa Karya Dr Khalid Abu Syadi


Dosa demi dosa kami jalani
Namun kamu harapkan pahala & kemuliaan taman syurgawi
Sedang kamu lupa, bahawa Allah mengeluarkan Adam dari Syurga-Nya
Turun ke dunia fana, hanya kerana satu dosa

Pancaran Cahaya Al-Quran,
“…dan ia telah diliputi oleh dosanya…” (Surah al-Baqarah ayat 81)

Bahagian ini hadir untuk menyedarkan mereka yang terlepa & lali dalam kemaksiatan & dosa. Agar mereka segera menjauhi dosa sebelum sirna harapan, lalu menyusun kembali harapan baru sebelum ajal tiba.

Bahagian ini juga hadir untuk orang mukmin yang bertaqwa & orang-orang soleh yang berbahagia, agar mereka terhindar & tidak terjerumus dalam kubang dosa. Dalam bahagian ini dipaparkan pelbagai pengaruh buruk yang timbul akibat perbuatan dosa. Bacalah dengan hati nurani sebelum anda menbacanya dengan mata kepala. Dan, jangan lupa kami dalam doa anda…

Monday, February 7, 2011

Buku Terbaru Pelima Media - Hidup Sederhana Penuh Berkah

Nama buku : Hidup Sederhana Penuh Berkah

Penulis : Al-Harits Al-Muhasibi (Tokoh sufi dengan gelaran "guru besar" para ulama di zamannya)

Harga : RM 18.00

Nombor ISBN : 978-967-5990-03-1

Terbit : Januari 2011

Mukasurat : 128

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Aaaaaahhh"
 

Bangun pagi setelah selesai tidur nyenyak di atas katil yang empuk. Hari yang berlalu dengan 'hebat' dengan kehadiran peralatan dan barang-barang mewah di sekeliling. Hati terasa bangga dan puas.
 

Tapi, bahagiakah hati yang begitu ? Adakah hidup seperti ini penuh berkat ?

Laman blog Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh

http://ustaznikzawawi.blogspot.com
Salam semua

Alhmdulillah, akhirnya saya telah dapat mewujudkan semula laman blog Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Semua rakaman kuliah boleh dimuat turunkan di segmen yang berdasarkan kepada pengajian kitab.

Semoga usaha kecil ini beroleh pahala yang berpanjangan hingga ke Hari Akhirat, amin.

Mohon doanya daripada semua.

ADMIN

Saturday, February 5, 2011

E-BOOK : Kemudahan Di Dalam Sifat Wudhu' Nabi Karya Abu 'Abdil Muhsdin as-Soronji

Salam
E-book Kemudahan Di Dalam Sifat Wudhu' Nabi karya Ustaz Abu 'Abdil Muhsdin as-Soronji telahpun dimuat naik ke dalam E-BOOK @ LAMANANNUR. Anda juga boleh memuat turun di SINI.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin.

lamanannur

Friday, February 4, 2011

E-book @ lamanannur.blogspot.com

Salam semua

Alhamdulillah pihak Admin telah berjaya menyediakan segmen E-BOOK @ LAMANANNUR. InsyaALLAH kami akan menambah koleksi e-book dari semasa ke semasa. Himpunan e-book ini adalah khusus untuk kegunaan peribadi sahaja. Oleh itu, tidak diizin untuk diterbitkan untuk tujuan komersial melainkan setelah mendapat keizinan penulis terlebih dahulu. Semoga manfaat daripada ilmu yang ada akan menjadi pahala berpanjangan di akhirat buat kita semua.

Sekiranya tuan-tuan & puan-puan menghadapi masalah untuk memuat turun e-book dari E-BOOK @ LAMANANNUR, sila maklumkan kepada phak Admin ke email lamanannur@surauannur.net atau lamanannur@yahoo.com

"Selamat memuat turun, membaca dan menuntut ilmu" 

lamanannur