Surau An-Nur

Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Sekolah Agama Bandar Baru Bangi

Jom Derma Tabung Pembangunan Sekolah Agama Bandar Baru Bangi.

Merdeka

Selamat Menyambut Merdeka ke-57

Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Rakaman Ucaptama & Ceramah 'Prinsip & Pensyariatan Solat Dalam Islam Oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

PRINSIP & PENSYARIATAN SOLAT DALAM ISLAM
PROGRAM JOM MANTAPKAN SOLAT
TUAN GURU DATO' DR HARON DIN
TARIKH : Ahad, 6hb Januari 2013
MASA : 8.30 - 11.00 pagi
TEMPAT : Darussyifa', Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : Sila klik di SINI 

Sunday, December 23, 2012

Program Jom Mantapkan Solat 2013 Di Darussyifa


Program Jom Mantapkan Solat  2013 adalah satu program berbentuk bengkel sehari anjuran Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) yang akan memberikan pendedahan tentang ilmu asas solat yang sempurna termasuk pengetahuan berkenaan solat berjemaah seterusnya diterapkan ke  dalam kehidupan seharian.

Sunday, October 21, 2012

Monday, October 15, 2012

Kem Asuhan Insan Harapan (KASIH) Bersama Ustaz Don Daniyal

Salam sejahtera
Program cuti sekolah KUISCELL, Kem Asuhan Insan Harapan (KASIH) bersama Ustaz Don Daniyal akan dijalankan pada cuti sekolah bulan November dan Disember ini untuk remaja berumur 13-17 tahun. Program ini akan dijalankan untuk 2 siri program pada 19-21 November & 3-5 Disember 2012. Program akan diadakan di Janda Baik, Pahang.

Saturday, October 13, 2012

Wacana Fiqh Qurban Di Masjid Hasanah Pada 14 Oktober 2012


Wednesday, August 8, 2012

Iftar Ramadhan Nasyidfm 2012

 

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pelajar Siswazah FPI UKM dan Persatuan Siswazah FST UKM bersama Nasyidfm Media Network dengan kerjasama Anak-anak yatim Amal Asnaf Al-Barakh akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan 2012 pada hari Sabtu, 11 Ogos 2012 bertempat di DECTAR UKM.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis atau menderma, boleh terus berhubung dengan:

1) Cik Syifaa - 019-4941050
2) Kak In
a Sepang - 013-3080456
3) Kee Sizar Ramdan - 019-4778986
4) Puan Norhazlinda - 013-6654813
5) Muhammad - 019-4328774
 
Terima kasih.
 

Monday, August 6, 2012

Seminar Cinta Wanita - Majlis Iftar Amal Anak Yatim Darul Fuqaha


Sunday, July 29, 2012

Jom Bantu Mereka.. ..

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, Komuniti Rakan Dakwah (KOMRAD) dengan kerjasama Persatuan Pemuda Prihatin Serdang bersama page 'Cukuplah Allah bagiku' dan page 'LayarMinda' mengajak sahabat sama-sama menyumbang untuk kempen " 1 Beras 1 keluarga" . Kempen ini bertujuan membantu golongan yang tidak bernasib baik untuk sama-sama dapat beribadat di bulan ramadhan dengan sebaiknya.

Sahabat boleh menyumbang sama ada dalam bentuk beras, barangan atau wang tunai. Sahabat juga boleh membantu dengan cara SHARE dan maklum kepada sahabat-sahabat lain.

Monday, October 24, 2011

Program Cuti Sekolah - Program Kemantapan Aqidah

Saturday, October 8, 2011

Program Motivasi Mukmin Profesional (IbuBapa Cemerlang) Siri -1

Assalamu'alaikum

Fitrah Perkasa Sdn Bhd akan menganjurkan PROGRAM MOTIVASI MUKMIN PROFESSIONAL (IBUBAPA CEMERLANG) SIRI 1.

Modul ini akan membawa para peserta untuk melihat bagaimana kaedah yang terbaik bagi membimbing anak-anak serta ahli keluarga mencapai Visi & Misi Hidup yang jelas dan tepat seterusnya mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Modul ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu dipersembahkan dalam acuan kehidupan yang sebenar yang telah diadun dengan sunnah Rasulullah s.a.w dan pengalaman hidup yang telah berjaya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Melalui modul ini juga, para peserta akan mendapat sentuhan yang tersendiri iaitu ilmu yang disampaikan bukanlah sekadar teori biasa tetapi ‘luar biasa’ atas kekuatan intipati penyampaian dan persembahan.
* Mengapa anakku tak dengar kata?
* Mengapa ada curiga dalam diri pasanganku?
* Mengapa sukarnya menyampaikan hasrat hati pada teman hidupku?
* Senang telahku perolehi, tetapi dimana tenangnya?
* Ada soalan hendakku tanya, tapi pada siapa?
* Oh tuhan bantulah aku!! Aku inginkan keluarga yang bahagia dan sejahtera.

Mungkin ini adalah sedikit cebisan dari persoalan-persoalan kehidupan yang sering menghantui diri kita. Ayuh, daftarkan diri anda ke program ini.

Pendaftaran di buka sekarang. Klik di sini BORANG ONLINE.

Thursday, May 5, 2011

Konvensyen Kewangan Islam 2011 Pada 7hb Mei 2011 Di Masjid Negeri


KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011
07 MEI 2011 (SABTU)
DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM (MASJID NEGERI SELANGOR)

PENGENALAN
Riba merupakan elemen teras yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Dasar ini telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”

Negara Malaysia bolehlah dikira sebagai antara pelopor penting dalam perkembangan industri kewangan Islam. Penubuhan institusi kewangan Islam dalam konteks Malaysia adalah langkah penting dan praktikal bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman riba. Sejak penubuhan perbankan berteraskan syariah yang pertama pada era 80-an iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, sehingga kini telah terdapat lebih 17 buah perbankan Islam yang telah diberikan lesen operasi oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih terdapat pihak-pihak yang belum memahami sepenuhnya hakikat riba dan aplikasinya dalam sistem kewangan moden hari ini. Ditambah pula dengan tohmahan-tohmahan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menyatakan bahawa perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden.

Perkara seumpama ini telah menambahkan lagi kekusutan yang ada selain dapat merencatkan perkembangan serta kepesatan perbankan dan kewangan Islam. Perkara ini secara langsung telah memberikan kesan terhadap tahap pematuhan serta penerimaan umat Islam terutamanya kepada produk-produk kewangan Islami.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor [PUMSEL] terus mengatur langkah menyediakan platform perbincangan ilmiah bagi merungkai persoalan-persoalan kewangan yang melibatkan hukum Syarak. PUMSEL berpandangan isu-isu yang berbangkit ini perlulah dibincangkan secara ilmiah dan telus dalam mengemukakan solusi kepada permasalahan berbangkit.

Friday, February 4, 2011

Gema Maulidurrasul Di Masjid Negeri Pada 13hb Februari 2011

Wednesday, February 2, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432H Di Surau Al-Muhajirin, Desa Surada

Aturcara Majlis

15 Februari 2011 (Selasa)
4:30 pagi - Qiamullail
6:30 pagi - Kuliah Subuh
Jamuan Minum Pagi
7:30 pagi - Selawat dan pelepasan mislimin yang mengikuti program lawatan ke rumah warga emas dan dan anak-anak Yatim
10:00 – 12:00 - Aktiviti ziarah rumah ke rumah dalam Taman Desa Surada
5:00 petang - Aktiviti ziarah dan selawat rumah ke rumah dalam Taman Desa Surada
9:15 malam - Pelancaran Program Maulidur Rasul oleh YBhg. Dato’ Dr. Sidik Fadhil
- Forum Maulidur Rasul

Saturday, January 22, 2011

Friday, January 21, 2011