Jom Bantu Mereka.. ..
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, Komuniti Rakan Dakwah (KOMRAD) dengan kerjasama
Persatuan Pemuda Prihatin Serdang bersama page 'Cukuplah Allah bagiku'
dan page 'LayarMinda' mengajak sahabat sama-sama menyumbang untuk kempen "
1 Beras 1 keluarga" . Kempen ini bertujuan membantu golongan yang tidak bernasib baik untuk sama-sama dapat beribadat di bulan ramadhan dengan sebaiknya.
Sahabat boleh menyumbang sama ada dalam bentuk beras, barangan atau
wang tunai. Sahabat juga boleh membantu dengan cara SHARE dan maklum
kepada sahabat-sahabat lain.











