Surau An-Nur

Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Sekolah Agama Bandar Baru Bangi

Jom Derma Tabung Pembangunan Sekolah Agama Bandar Baru Bangi.

Merdeka

Selamat Menyambut Merdeka ke-57

Sunday, January 30, 2011

Bersama | Dato' Dr Haron Din : Zalim Jika Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah

Dato', merujuk kepada soalan & jawapan Dato' dalam Harakah yang baru lalu mengenai orang zalim yang boleh didoakan ke atas mereka supaya ditimpa balasan. Justeru, saya ingin bertanya apakah sesiapa pun, misalnya pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah SWT dikira zalim, dan hukuman terhadap mereka. sama dengan hukuman yang Dato' sebutkan sebelum ini? - MOHD YATIM MOHD SIDI, Parit Buntar, Perak

JAWAPAN:

Penjelasan saya dalam keluaran yang lalu, berdasarkan hujah yang kukuh & knkrit, bahawa Allah SWT amat melarang kerja zalim.

Kezaliman itu luas maknanya. Kebiasaannya orang ramai merujuk zalim kepada perbuatan menganiaya ke atas batang tubuh manusia, atau harta atau maruahnya secara khusus.

Saturday, January 29, 2011

Mari Mengenali Baginda Rasulullah S.A.W

BIODATA RINGKAS BAGINDA RASULULLAH SAW

PENDAHULUAN

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Friday, January 28, 2011

Rakaman : Khutbah Jumaat Oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil - Lahir Muslim, Biar Hidup Muslim dan Mati Muslim

Nota sisi : Sila klik di SINI untuk muat turun atau klik di bawah untuk terus mendengar rakaman khutbah ini.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Bertaqwalah kepada Allah. Kita hamba, Allah Tuhan kita. Tiada milik kita. Semua milik Dia. Semua yang ada pada harta, kehidupan dan nyawa, adalah amanah daripada-Nya. Bertaqwalah kita pada melunaskan amanah itu, dan jangan sekali-kali mati, kecuali sebagai Muslim yang tunduk dan patuh kepada-Nya.

Firman Allah SWT:
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)” [Surah al-An’aam 6: 162-3]

Bersama | Dato' Dr Haron Din : Pelik Kenapa Unta Nabi Saleh Jadi Mukjizat?

Mukjizat adalah sesuatu yang unik untuk membuktikan benarnya dakwaan seseorang rasul, bahawa dia benar-benar seorang rasul, seperti benarnya tongkat Nabi Musa AS bertukar menjadi ular. Al-Quran juga adalah mukjizat yang tiada tolak bandingannya. Akan tetapi saya pelik, bagaimana unta boleh menjadi mukjizat kepada Nabi Saleh AS. Bukankah unta itu haiwan biasa yang terdapat di mana-mana negeri Arab. bagaimana boleh unta menjadi mukjizat? Tolong Dato' jelaskan - SHAMSHUNNURI SALLEH, Kampung Baru, Kuala Lumpur


JAWAPAN:
Mukjizat adalah sesuatu yang benar. Ia anugerah Allah kepada setiap Rasul utusan-Nya. Semua mukjizat kepada Rasul adalah sebagai bukti nyata kerasulan mereka pada zaman mereka sahaja.

Setelah mereka kembali kepada Allah, mukjizat itu juga hilang. Melainkan kesan kepada tempat-tempat berkenaan sahaja yang dapat dilihat sehingga ke hari ini. Kecuali al-Quranul Karim, ia mukjizat dari dahulu, kini & selama-lamanya.

Unta Nabi saleh AS adalah mukjizat Allah kepada umat Nabi Saleh AS untuk membuktikan bahawa baginda benar-benar Rasul yang diutuskan.

Thursday, January 27, 2011

Bersama | Dato' Dr Haron Din : Bolehkah Mendoakan Agar Penganiaya Ditimpa Bala?

Dato', bolehkah atau tidak dalam Islam, bagi orang yang teraniaya, mendoakan orang-orang yang melakukan penganiayaan itu ditimpa bala oleh Allah SWT, agar menjadi pengajaran kepadanya, juga kepada umum, serta terubatlah jiwa yang teraniaya bahawa Allah telah menolong mereka & mereka berpuas hati dengannya - YANG TERNIAYA, Teluk Wanjah, Alor Setar

JAWAPAN:
Kezaliman dalam apa bentuk sekalipun, diharamkan oleh Islam. Islam menganjurkan kasih sayang & keadilan sesama insan.

Abu Hurairah melaporkan Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Sesiapa yang tidak mengasihani, maka dia tidak akan dikasihani oleh Allah." (Hadis riwayat Muslim).

Buku Paling Laris Pelima Media!


FIKH KERAHSIAAN WANITA

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menepati takhta keistimewaannya yang tersendiri. Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi. Islam menyaksikan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan sejagat, malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat. Tidak hairanlah, dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik, Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.


Tuesday, January 25, 2011

Monday, January 24, 2011

Isu Paling Besar...by Rossem

"Lalai Dalam Hidup" Artikel Oleh Ustaz Dr Musthafa Umar

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [Q.S. Al-A’raf : 179]

Ayat ini menerangkan bahawa kebanyakan daripada jin dan manusia pada akhirnya akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Mereka ini sangat tercela sekali, kerana memiliki hati, mata dan telinga ketika hidup di dunia; sebenarnya kesemua itu membolehkan mereka untuk memilih hidayah (petunjuk), namun mereka tidak menggunakannya dengan baik dan bijak, bahkan ada di antara mereka yang tidak menggunakannya sama sekali, mereka tenggelam di dalam hawa nafsu yang tak berkesudahan dan tersesat di dalam pesona dunia yang menyilaukan, mereka ini seperti sudah tidak lagi memiliki mata, hati dan telinga. Mereka ini adalah orang-orang yang lalai di dalam hidup.

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa manusia sebenarnya telah diberikan bekal yang cukup untuk memilih dan memelihara hidayah. Bekal itu adalah hati, mata dan telinga. Bekal itu diberikan semenjak manusia memulakan hidup di dunia ini. Allah berfirman :

”Dan Allah mengeluarkanmu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia (Allah) memberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”. (Q.S. An-Nahl ; 78)

Hati, mata dan telinga adalah bekal berharga yang diberikan kepada manusia. Dengan bekal itu manusia dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di permukaan bumi. Sesungguhnya tidaklah jin dan manusia itu diciptakan melainkan untuk memperhambakan diri (beribadah) kepada Allah, Allah berfirman :”Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (Q.S. Az-Zaariyaat ; 56)

Bererti hati, mata dan telinga adalah bekal yang memastikan seseorang dapat sentiasa beribadah (menyembah) kepada Allah. Perbezaan antara hati, mata dan telinga adalah; hati sebagai alat untuk memahami sesuatu yang mungkin diperolehi melalui pandangan mata, atau pendengaran telinga, atau penciuman hidung atupun daripada panca indera yang lainnya. Misalnya, seseorang melihat ada awan hitam memenuhi angkasa atau telinga mendengar bunyi ribut dan desir angin bertiup kencang, maka iapun akan memahami bahawa sekejap lagi akan turun hujan.

Seseorang yang menggunakan hati, mata dan telinga dengan bijak maka ia memastikan mempersiapkan diri dengan payung sebelum hujan turun. Mereka ini adalah orang-orang yang menyedari diri dan terselamatlah ia dalam perjalanan.

Namun ada pula yang lalai; sungguh mata telah melihat awan berarak, telinga pula mendengar ribut bergegar, hati pun telah mengetahui hujan akan segera turun, tetapi ia masih juga sibuk menatap kereta-kereta yang akan ia beli, mengusap-usap dan memperhatikannya. Berbagai warna, bentuk dan ragam kereta yang dipamerkan melalaikannya daripada hujan yang akan turun, padahal ia tahu bahawa ia tidak akan dapat membawa sebuah kereta pun pada hari itu.

Orang yang seperti ini memiliki hati tetapi tidak memahami dengannya, memiliki mata tetapi tidak melihat dengannya, memiliki telinga tetapi tidak mendengar dengannya. Sepatutnya semua itu membolehkan dirinya selamat daripada hujan. Sesungguhnya kesemua itu bukan setakat untuk dimiliki sahaja, tetapi untuk diambil manfa’atnya. Mereka inilah yang disebut dengan orang-orang yang lalai.

Allah menyeru kita untuk tidak mengikuti jejak mereka yang lalai ini, Allah berfirman :

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”. (Q.S. Al-Kahfi : 28)

Orang-orang yang lalai daripada beribadah kepada Allah adalah disebabkan kerana mereka terpaku kepada kehidupan di dunia ini sahaja, kekuasaan yang tinggi, harta benda yang yang melimpah, pengikut yang banyak, gelar yang bertingkat-tingkat dan lain sebagainya. Mereka disibukkan dengan perkara-perkara dunia tersebut. Mereka lalai bahawa disana ada perjumpaan dengan Allah, Allah berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan adalah juga mereka orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami”, (Q.S. Yunus : 7)

Mereka ini dimisalkan oleh Allah bagaikan binatang ternak. Permisalan yang sepatutnya menyedarkan kita. Sesungguhnya binatang ternak itu tidak memahami apa-apa melainkan pergi ke padang rumput kemudian makan sekenyang-kenyangnya, memperhatikan serigala kemudian lari sekencang-kencangnya, lalu balik ke kandang kemudian tidur senyenyak-nyenyaknya. Bahkan mereka ini lebih buruk lagi daripada binatang ternak itu, kerana mereka memiliki hati untuk memahami tetapi tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Maka supaya kita terhindar daripada kedudukan yang sangat hina ini maka sepatutnya kita dengan segera menjawab seruan Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 205 : “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”. Ayat ini menerangkan bahawa sentiasa menyebut dan mengingat Allah akan dapat melindungi kita daripada kelalaian hidup di dunia ini. Wallahu A’lam.

Al-Faqiir Ilaa Rabbih : Musthafa Umar


Saturday, January 22, 2011

Friday, January 21, 2011

Seminar Antarabangsa Baldatun Toyyibah (ii): Model Uthmaniyyah

PENDAHULUAN

Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan kekhalifahan Islam yang terakhir sebelum ia dijatuhkan oleh puak sekular Kemalis yang dikatakan didalangi oleh Yahudi dan Barat. Kelangsungan kerajaan ini selama tahun meliputi tiga benua utama dunia, Asia, Afrika dan Eropah. Apa yang menarik, kejatuhan kota Constantinople pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan mengatakan raja yang menawannya adalah raja yang terbaik dan ternyata raja itu daripada dinasti Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Usmainah seolah-olah berada dalam dua zaman, zaman silam dan zaman moden. Tentu banyak khazanah tinggalan kerajaan besar ini yang boleh menjadi teladan dan sempadan kepada kita dalam menggagaskan sebuah negara idaman di zaman pasca-modernisme ini.

OBJEKTIF

Mempelajari, menilai, menganalisis dan meneladani Tamadun Islam Uthmaniyyah dari aspek;

1. Bagaimanakah para Khalifah kerajaan Uthmaniyyah menerapkan pemerintahan Islam mereka yang meliputi tiga benua yang salah satunya mencetuskan pemodenan masa kini ?
2. Bagaimanakah corak kehidupan masyarakat majmuk mereka boleh melestarikan pemerintahan Islam selama ratusan tahun ?
3. Bagaimanakah dinamika fiqh dan kodifikasi undang-undang terkembang di empayer Uthmaniyyah serta kesesuaian paradigmanya dalam merekonstruksi idea-idea fiqh dan undang-undang di negara kita khasnya.
4. Apa saja dari tamadun ini yang boleh kita ikuti demi merealisasikan impian sebuah baldatun tayyibah – the good governance yang diimpikan oleh rakyat Malaysia.
5. Apa teladan yang boleh dipelajari daripada kesilapan dan kejatuhan tamadun Islam Uthmaniyyah agar menjadi sempadan yang berguna untuk kita.

Dan seterusnya mendapatkan kesimpulan dan pengusulan bagi merealisasikan Selangor maju menurut Perspektif Islam.

PEMBENTANGAN

Kertas 1 : Sejarah ringkas kebangkitan dan kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
Oleh : Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 2 : Perkembangan Fiqh dan Usul di Empayar Uthmaniyyah.
Oleh : Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 3 : Kodifikasi Undang-Undang dan Sistem Keadilan Uthmaniyyah
Oleh : Dr Saim Kayadibi
Jabatan Syariah Dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 4 : Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah : Satu Pengajaran Berharga
Oleh: Prof. Dr. Fadhulah Jamil
Universiti Sains Malaysia (USM)

Kertas 5 : Kewarganegaraan dalam Sistem pemerintahan Uthmaniyyah: Satu Kajian dalam Konteks Kewarganegaraan Negara Islam Moden.
Oleh : Prof. Madya Dr Ahmad Zaki Ibrahim
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya

Kertas 6 : Aplikasi Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam Uthmaniyyah.
Oleh : Dr. Amir bin Shaharuddin
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

Kertas 7 : Tamadaun Islam Uthmaniyyah : Aspek Kesenian dan Budaya Islami
Oleh : Dr. Eeman Muhammad Abbas
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kertas 8 : Kerajaan Islam Uthmaniyyah dan Hubungan Antarabangsa
Oleh: Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

MASA TARIKH TEMPAT

Tarikh : 29 Januari 2011 / Sabtu
Masa : 8:30 pagi hingga 5:00 petang
Tempat :Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

YURAN PENYERTAAN

RM 100.00 setiap individu
RM 150.00 setiap wakil institusi
RM 50.00 setiap pelajar

SEKRETARIAT

Pej PUM Pusat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301 (En Azmi)